Assalamualaikum warahmatullahhi wabarokatuh Alhamdulillahi Robbil 'Alamin, Wassholatu wassalamuala asyrofil anbiya iwal mursalin , Wa'ala alihi washohbihi ajma'in. Robbisrohli shodri , Wayassirli amri , Wahlul uqdatan millisaani, Yafqohu qouli . "Wahai Tuhanku, lapangkanlah Dadaku , Mudahkanlah Untukku Urusanku, dan Lepaskanlah Kekakuan Lidahku. Supaya Mereka Mengerti Perkataanku".

Google

Sedikit Sisipan Bicara Tuan Rumah

Assalamualaikum warahmatullahhi waba rokatuh.

Kepada Sahabat-sahabat dan pengunjung blog ini ,
blog ini saya dirikan hanyalah panduan dan peringatan untuk diri saya sendiri tentang setiap suruhan Allah dan ilmunya, dengan adanya ia dapatlah menambahkan ilmu serta senantiasa memperingatkan tentang KeAngungan , Kuasa Dan Kebesarannya,
tak lupa juga untuk tatapan sahabat-sahabat yang sudi melayari dan singgah di blog yang serba serbi kekurangan ini ,
dan isinya saya dapatkan dari web-web dan blog-blog yang lain, sekiranya terdapat persamaan , kesilapan , kesalahan atau tersalah info atau tersalah isi kandungan atau tulisan dengan tulus ikhlas saya menyusun jari sepuluh memohon Keampunan dan Kemaafan dari semua , sekira ada kesalahan tunjukkanlah, kalau sudi kongsilah ilmu dengan saya, tunjuk ajarlah saya ,
saya ini orang yang senantiasa baru dalam pembelajaran tentang ilmu Allah dan suruhannya , semoga blog ini bukan saja dapat menafaat diri sendiri tetapi saya amat berharap agar dapat berkongsi menafaat ini dengan sahabat-sahabat yang lain.
terima kasih diatas kunjungan dan kesudian semua berkongsi ilmu dengan saya,
mungkin diri ini amat kekurangan dari segi harta benda, duit ringgit, rupa paras dan juga lainnya,
tapi Alhamdulillah Allah tak kurangkan Ilmu, Amal, Iman, kebolehan , Akal , Fikiran , Tindakan , Kesihatankan, Kebahagiaan , dan lain-lain lagi nikmat yang Allah berikan Syukur Alhamdulillah..
Dan Sekiranya ada yang ingin untuk Copy dan Paste Silakan.....Insyaallah...

Berkat Lahaula

Assamualaikum warahmatullah wabarakatuh,

Kebahagiaan dan Kelembutan Nya semoga selalu menyelimuti hari hari anda,

Saudaraku yg kumuliakan,
Laa Haula wala Quwwata illa billahil 'aliyyil Adhim artinya Tiada daya dan kekuatan kecuali dari Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

Rasul saw bersabda : Maukah kau kutunjukkan salah satu dari pintu (yg menyampaikan ke) sorga?, yaitu
Yaa Rabby Yaa Rasulallah saw artinya Wahai Tuhanku, dan Wahai Rasul Allah, shalawat Allah dan Salam semoga selalu atas beliau, doa ini sering dibaca untuk istighatsah pada Rasul saw Laa Haula wala Quwwata illa billahil 'aliyyil Adhim (HR Sunanulkubra lilbaihaqiy
10.189).

(barangkali yg anda maksud bukan Yaa Rabby Yaa Rasulallah, tapi Yaa Sayyidiy Yaa Rasulallah yg artinya wahai Tuhanku wahai Rasulallah) ini adalah salah satu dari ucapan Tawassul dan Istightasah kepada Rasul saw, sering dipakai dalam berdoa.

Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu, semoga sukses dg segala cita cita,

Hidup sempit jika tolak tazkirah

oleh: Ustaz Zain Hashim

Tazkirah adalah satu pendekatan yang dianggap penting bagi menyampaikan mesej agama kepada manusia. Ia bertujuan memberi kesedaran tentang hakikat tanggungjawab diri manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi, iaitu mengajak manusia seluruhnya kepada yang makruf (perkara-perkara yang baik menurut pandangan Allah) dan mencegah mereka dari melakukan yang mungkar dan keji.

Peranan serta fungsi tazkirah tidak boleh dipertikaikan sejak wujudnya Nabi Adam a.s. di dunia ini hinggalah ia diperhebat serta dikemas-kini oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Berdasarkan Sirah Nabi Muhammad s.a.w., baginda telah berjaya melaksanakan tugasnya sebagai seorang nabi dan rasul dengan menyampaikan mesej daripada Allah iaitu sebagai penguasa (khalifah) dengan memastikan tazkirah sebagai wadah atau pendekatan yang cukup berkesan hingga ramai di kalangan mereka pada waktu itu yang beraliran jahiliyah bertukar kepada Islam. Ini semua hasil penerimaan mereka terhadap tazkirah yang disampaikan oleh baginda. Bagi mereka yang menolak tazkirah seperti Abu Lahab dan Abu Jahal, mereka menemui kesudahan riwayat hidup mereka dengan mati dalam kesesatan dan dimasukkan dalam api neraka Allah di akhirat.

Sehubungan itu, Allah menjelaskan menerusi ayat 124 hingga 127 surah Taha yang bermaksud: “Sesiapa yang berpaling (menolak) daripada peringatan-Ku (Allah, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta. Berkatalah dia, Wahai Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam buta, padahal aku dahulu (di dunia) adalah orang celik dapat melihat? Allah berfirman: Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat peringatan Kami, tetapi kamu melupakannya (menolak), dan begitu pula pada hari ini (Kiamat) giliran kamu pula dilupakan. Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhannya. Dan sesungguhnya azab di akhirat itu lebih dahsyat dan kekal (tanpa berhenti).

Jelas daripada penjelasan ayat di atas, memberi kita panduan dan pedoman berguna, bahawa Allah SubhanAllah Wa Taala akan menghukum manusia yang ada dalam perasaan hati mereka rasa sombong untuk tidak menerima tazkirah (peringatan) yang boleh memotivasikannya menjadi manusia terbaik di sisi Allah SubhanAllah Wa Taala.

Justeru, apabila kita menyingkap kepada peninggalan sejarah generasi silam, kita dapati mereka yang berjaya bergelar ulama adalah mereka yang terdidik dengan menerima tazkirah sebagai alat memajukan mereka sebagai manusia yang sanggup berkorban untuk agama

Tiga Cara Menghilangkan Kesusahan

Tiga Cara Menghilangkan Kesusahan

Seorang pakar ketabiban kalbu mengatakan bahwa kiat untuk menghilangkan kecemasan ada tiga macam yaitu:

Mengingat Allah;

Menemui para wali Allah; dan

Mendengar nasihat orang-orang bijak.

Yang dimaksud dengan mengingat Allah adalah dengan banyak mengucakan dzikir. Adapun jenis-jenis dzikir antara lain:

Membaca tasbih, yaitu "Subhanallahi’

Membaca tahmid, yaitu "Alhamdulillahi"

Membaca tahlil, yaitu "Lailaha Illallahu"

membaca takbir, yaitu "Allahu Akbaru’

dan membaca : "Lahaula walaa quwwata illa dillahil ’adhiim"

Atau dengan cara bermunajat kepada Allah dengan mengucapkan kalimat-kalimat berikut ini:

"Wahai Dzat yang memberi pertolongan kepada siapa pun yang meminta tolong kepada-Nya dengan menyeru-Nya;

"Wahai Dzat yang memperkenankan permintaan siapa pun yang mendapat kesulitan dengan berdo’a kepada-Nya;

"Wahai Dzat Yang Maha Penyantun terhadap kesalahan orang yang mendurhakai-Nya;

"Wahai Dzat yang memberi kecukupan kepada orang yang memilih keridhaan-Nya dari pada kepentingan dunianya.

Aku memohon kepada-Mu agar dapat meraih sesuatu yang tak dapat kugapai, kecuali dengan pertolongan-Mu. Aku memohon kepada-Mu agar terhindar dari bahaya yang tak dapat kutolak, kecuali dengan kekuatan-Mu. Dan aku memohon kepada-Mu kebaikan yang mengandung kesehatan dan kesehatan yang mengandung kebaikan berkat rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Pelimpah rahmat."

Yang dimaksudkan dengan wali-wali Allah dalam keterangan ini adalah para ulama dan orang-orang shalih. Adapun yang dimaksudkan dengan ucapan orang bijak adalah penjelasan atau keterangan dari para ulama yang menunjukkan kebaikan dunia dan akhirat.

Saturday, November 24, 2007

IMAN

Erti Iman secara harafiah dalam Islam adalah bererti percaya kepada Allah. Dengan itu orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin). Siapa yang percaya maka dia dikatakan beriman. Perkataan Iman diambil dari kata kerja 'aamana' -- yukminu' yang bererti 'percaya' atau 'membenarkan'. Perkataan Iman yang bererti 'membenarkan' itu disebutkan dalam al-Quran, di antaranya dalam surah at-Taubah ayat 62 yang bermaksud:



"Dia (Muhammad) itu membenarkan (mempercayai) kepada Allah dan membenarkan kepada para orang yang beriman."

Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: "Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota."

Aisyah r.a. pula berkata: "Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota."

Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: "Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."

Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.

Rukun Iman
6 Rukun Iman bagi orang Islam iaitu :-

1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada malaikat
3. Percaya kepada kitab
4. Percaya kepada nabi dan rasul
5. Percaya kepada hari akhirat
6. Percaya kepada qada dan qadar

PERCAYA KEPADA ALLAH

Konsep yang paling asas ialah percaya bahawa tuhan itu satu (Tauhid). Konsep keesaan Allah ini adalah mutlak, dan tidak relatif kepada apa apa jua yang wujud di dunia ini. Dalam Surah Al-Ikhlas,
Surah Al-Ikhlas
"Katalah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu tunggal. Allah tempat meminta. Tidak Dia beranak dan tidak juga Dia diperanakkan.
Dan tiada yang serupa denganNya, Dialah Tuhan yang Esa."

Dalam Bahasa Melayu, perkataan Allah sememangnya dikhaskan untuk merujuk Tuhan dalam Islam. Walaubagaimanapun, perkataan Arab Allah boleh diterjemahkan juga kepada perkataan Tuhan kerana Allah bukanlah nama khas untukNya. Ini berbeza dengan Yahudi, kerana nama Yahweh adalah nama khas tuhan mereka. Walaupun tiada imej visual Tuhan atau gambaran mengenaiNya (disebabkan larangan dalam memuja sesuatu), Muslim mendefinisi Tuhan melalui sifat-sifatNya, yang dikenali sebagai 99 nama Allah.

Wajib bagi orang Islam lelaki dan perempuan yang telah baligh dan berakal untuk mengetahui sifat-sifat wajib bagi Allah, sifat-sifat mustahil dan sifat jaizNya, yang jumlah kesemuanya ada 41. Sifat-sifat wajib Allah ada dua puluh, sifat-sifat mustahil juga dua puluh dan sifat jaizNya ada satu.
(Lihat juga:Sifat-sifat Allah)

Allah ialah nama bagi Tuhan yang sebenar. Allah yang mencipta seluruh alam dan isinya. Allah yang mengatur dan menjaganya. Allah tidak boleh dilihat, tetapi bukti-bukti sangat banyak untuk menunjukkan pada akal yang waras dan adil bahawa Allah itu wajib ada. Bukan sekadar kita wajib mempercayai bahawa Allah itu ada, bahkan wajib pula kita menyembah NYA.

Untuk hendak mempercayai Allah dan menyembah NYA, manusia wajib mengenal Allah dengan betul. Dan untuk hendak mengenali Allah dengan betul, manusia mestilah mencari dan mengkaji dalil-dalil dari Al Quran, Hadis dan Akal. Jika kita tidak mengenal Allah dengan betul, nescaya akan sesat dan kafirlah kita.

PERCAYA KEPADA MALAIKAT

Rukun iman yang ketiga ialah percaya kepada Malaikat. Setiap muslim yang mengucap syahadah wajib mempercayai adanya malaikat. Malaikat juga adalah makhluk Allah yang diciptakan dari cahaya. Zat malaikat adalah halus, tidak nampak oleh mata kasar manusia biasa tetapi mampu dilihat oleh manusia yang luar biasa seperti Nabi dan Rasul. Rupa malaikat yang sebenar hanya Allah sahaja yang tahu. Namun berdasarkan hadis, malaikat mampu menjelma dalam pelbagai rupa manusia dan bentuk makhluk yang lain. Ia berakal, boleh berkata-kata dan boleh bergerak ke suatu jarak yang jauh dalam masa yang singkat. Keadaan malaikat semata-mata adalah untuk taat dan menjalankan titah perintah Allah. Malaikat itu tidak makan dan tidak minum, tidak mengantuk dan tidak tidak tidur, tidak juga ia berasa penat dan letih.

Malaikat sangat banyak bilangannya dan Allah sahaja yang tahu bilangan sebenarnya. Dalam ilmu Tauhid, umat Islam diwajibkan mengenal 10 malaikat dan tugasan mereka. Iaitu :

Jibrail : Tugasnya membawa wahyu dari Allah Ta’ala kepada Rasul-rasul dan Nabi-nabi, juga menguruskan bala seperti gempa bumi, air bah, ribut dan lain-lain lagi. Mikail : Tugasnya membawa rezeki dengan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, membiakkan haiwan, mengeluarkan hasil galian bumi. Israfil : Tugasnya untuk meniup “sangkakala” ketika sampai masa kiamat iaitu bumi akan hancur dab sekali lagi ia meniup sangkakala itu ketika sampai masa manusia hidup semula dan keluar dari kubur untuk perhitungan di akhirat. ‘Izrail : Tugasnya ialah mengambil nyawa, iaitu mematikan apabila sudah sampai ajal, dan tugasnya mengambil nyawa tidak akan cepat sesaat dan tidak akan lewat sesaat. Mungkar : Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur. Nakir : Tugasnya menyoal orang mati di alam kubur. Raqib : Tugasnya ialah menulis pahala bagi orang yang membuat kebaikan. ‘Atid : Tugasnya adalah untuk menulis dosa bagi orang yang membuat mungkar dan kejahatan. Ridhwan : Tugasnya menjaga syurga. Malik : Tugasnya menjaga neraka. Frman Allah Ta’ala Surah At Tahrim ayat 66:

Malaikat itu tidak menderhaka kepada Allah mengenai apa yang DIA perintah kepada mereka, dan mereka membuat apa jua perintah oleh-NYA.

Malaikat dijadikan Allah untuk menjalankan tugas-tugas yang tertentu dan berlainan. Setiap tugasan yang diberikan Allah kepada Malaikat, akan dilakukan oleh Malaikat tanpa kompromi.

Zaman sekarang, sudah ada orang yang mendakwa mampu menghalang tugas Malaikat. Ada yang mendakwa boleh “slow talk” dengan 'Izrail untuk tidak mencabut nyawa seseorang. Sedangkan ‘Izrail yang ditugaskan untuk mencabut nyawa, apabila sudah sampai ajal seseorang sebagaimana yang tertulis di Lauh Mahfuz, 'Izrail akan menjalankan perintah yang Allah arahkan dengan mencabut ajal makhluk tersebut, tidak cepat sesaat dan tidak lewat sesaat. Begitulah yang diperjelaskan dalam ilmu Tauhid Ahlus Sunnah wal Jamaah. Jelas menunjukkan dakwaan ahli bidaah ini bertentangan dengan Al Quran Surah At Tahrim ayat ke 66. Sekaligus kenyataan dan dakwaan mereka telah membatalkan keIslaman dan keimanan mereka.


Percaya adanya Malaikat yang telah diciptakan oleh Allah untuk melaksanakan perintah Allah. Allah menciptakan Malaikat dari Nur iaitu cahaya. Maka, Malaikat tidak terdiri daripada jisim dan tidak diberikan nafsu untuk makan, minum atau tidur. Malaikat juga tidak mempunyai jantina untuk memudahkan mereka mentaati Allah sepanjang masa.

PERCAYA KEPADA KITAB-KITAB ALLAH

Salah satu daripada Rukun Iman agama Islam adalah percaya kepada kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah.

Orang Islam percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar. Ia diakhiri dengan kitab Al-Quran.

Kitab-kitab yang wajib diimankan adalah:

Taurat: diturunkan kepada Nabi Musa a.s. Zabur: diturunkan kepada Nabi Daud a.s. Injil: diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Al-Quran: diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Orang Islam percaya bahawa pada masa kini, kitab-kitab selain Al-Quran telah diubahsuai mengikut kehendak pihak-pihak tertentu; maka ia bukan lagi merupakan naskah-naskah yang tulen. Al-Quran menyempurnakan segala kitab-kitab yang terdahulu.

PERCAYA KEPADA NABI DAN RASUL


Beriman kepada nabi dan rasul ialah meyakini bahwa nabi dan rasul itu benar-benar diangkat oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan hidup yang baik yang diridlai Allah. Islam mengajar umatnya bahawa Allah menyampaikan wahyuNya melalui malaikat kepada nabi dan rasul. Nabi ialah seorang lelaki yang dipilih Allah untuk menerima wahyu untuk kegunaan dirinya dan umatnya sahaja.

Rasul dan nabi merupakan manusia biasa. Islam menghendaki penganutnya untuk mempercayai setiap nabi dan rasul ini dan tidak membezakan mereka antara satu sama lain. Rasul pula merupakan seorang lelaki yang dipilih untuk menerima wahyu untuk dirinya serta disampaikan kepada orang lain. Dilaporkan terdapat 313 orang telah dipilih sebagai rasul sejak bermulanya penciptaan manusia. Manakala bilangan nabi pula adalah 124,000 orang (termasuk rasul). Terdapat lebih kurang 25 rasul yang dinyatakan dalam Al-Quran, termasuk Adam, Idris, Nuh, Lut, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad.

Muhammad merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Ini bermakna tiada nabi dan rasul akan dilantik selepas kewafatan baginda. Baginda telah menyampaikan peringatan terakhir (iaitu Al Quran dan As Sunnah) kepada manusia sebelum berlakunya hari kiamat.

Di antara 25 rasul, terdapat 5 orang rasul yang mendapatkan gelar Ulul Azmi. Ulul Azmi adalah gelar yang diberikan kepada rasul Allah yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menyampaikan risalahnya.

Rasul diberi tugas oleh Allah. Secara umumnya, tugas nabi dan rasul adalah membawa kebenaran, memberikan khabar gembira dan peringatan kepada umatnya agar mereka menjadi umat yang beriman kepada Allah agar tidak sengsara dunia dan akhirat. Para rasul diberi wahyu oleh Allah yang membuktikan bahwa mereka adalah pembimbing dalam segala amal perbuatannya pantas dijadikan cermin tauladan.


Apakah hikmah atau faedah diadakan Rasul dan Nabi ?

Antara faedahnya ialah Allah mahu diri NYA dikenali. Rasul dan Nabi diutus kepada umat manusia agar umat manusia kenal Allah sebagai Tuhan yang menciptakan alam ini. Dengan adanya Rasul dan Nabi, manusia akan kenal dengan tepat dan siapa Tuhan yang sebenar, serta faham pula kewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan sebagai seorang makhluk yang diciptakan Allah SWT. Jika seseorang yang diciptakan Allah tidak kenal siapa Tuhannya yang sebenar dan tidak mengakui keagungannya dengan jalan yang sebenar, nescaya sesatlah dirinya dan segala amal kebajikan yang dilaksanakannya tiada nilai disisi Allah.

Sifat-sifat Rasul dan Nabi


Ada 4 sifat yang Wajib bagi Rasul/Nabi. Ada 4 sifat yang Mustahil bagi Rasul/Nabi. Ada satu sifat yang Harus bagi Rasul/Nabi.


1. Siddiq maknanya Benar. Apa yang disabdakan oleh Rasul/Nabi adalah benar dan dibenarkan kata-katanya. Siddiq dan sadiqul masduq. Rasul/Nabi tidak berkata-kata melainkan apa yang telah diwahyukan oleh Allah SWT. Mustahil Rasul/Nabi bersifat dengan sifat KIZZIB (Dusta ). Mustahil Rasul/Nabi mengatakan sesuatu yang tidak dia ketahui dan tidak diwahyukan Allah kepadanya. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia (Rasulullah SAW) mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).


2. Sifat yang wajib bagi Rasul/Nabi adalah AMANAH. Amanah ialah Rasul/Nabi akan melakukan sesuatu serta melaksanakan hokum-hukum Allah dengan benar dan tepat sebagaimana yang diwahyukan Allah SWT. Dan juga Rasul/Nabi tidak memungkiri janji.


“Barangsiapa yang berdusta atas nama ku, siapkanlah tempatnya di dalam api neraka “ (Bukhari, Muslim )


Maka mustahil Rasul/Nabi bersifat KHIANAT iaitu tidak amanah dan mungkir janji.

3. Wajib bagi Rasul/Nabi bersifat dengan sifat TABLIGH iaitu menyampaikan. Rasul/Nabi menyampaikan kepada umatnya apa yang Allah wahyukan kepadanya. Mustahil Rasul/Nabi bersifat dengan sifat KITMAN iaitu menyembunyikan.

Wajib bagi Rasul/Nabi bersifat dengan sifat FATANAH iaitu bijaksana. Rasul/Nabi mampu memahami perintah-perintah Allah dengan betul dan tepat. Mampu pula berhadapan dengan penentang-epnentangnya dengan bijaksana dengan bukti-bukti yang kukuh . Mustahil Rasul/Nabi bersifat dengan sifat Jahlun iaitu bebal.


Dan satu sifat yang jaiz atau sifat yang harus bagi Rasul/Nabi ialah Aradhul Basyariyah iatu untuk bersifat dengan sifat-sifat yang dipunyai oleh manusia-manusia biasa. Seperti ingin makan, berkahwin, mempunyai zuriat dan sebagainya.

PERCAYA KEPADA HARI AKHIRAT

Kita wajib percaya akan datangnya Hari Kemudian atau akhirat sebagaimana yang difirmankan oleh Allah SWT dalam al-Qur’an. Di terangkan bahawa pada akhir zaman akan datang suatu hari di mana semua makhluk yang ada akan menjadi rosak dan binasa, dimusnahkan dan akan dibangunkan semula. Kerana itu, hari akhirat turut mendapat julukan hari kiamat atau pembangkitan.

Setelah segalanya hancur pada hari kiamat, Allah memerintahkan kepada malaikat Israfil untuk bangun terlebih dahulu dan melaksanakan perintah Allah SWT meniup sangkakala, maka bangunlah nyawa yang telah mati untuk dihadapkan ke pengadilan Allah SWT dan mempertanggungjawabkan segala amal perbuatannya selama di dunia. Itulah hari pembalasan. Siapa yang amalannya lebih banyak dengan kebaikkan akan mendapat kebahagiaan di syurga. Sebaliknya, bagi amalannya lebih banyak yang jahat akan mendapat siksaan dan ditempatkan di neraka.

PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR

Kita wajib percaya bahawa segala sesuatu yang telah terjadi dan yang akan terjadi, semuanya itu, menurut apa yang ditentukan dan ditetapkan oleh Tuhan Allah, sejak sebelumnya (zaman azali). Jadi segala sesuatu itu (nasib baik dan buruk) sudah diatur dengan rencana-rencana tertulis atau batasan-batasan yang tertentu. Tetapi kita tidak dapat mengetahuinya sebelum terjadi. Rencana sebelumnya itu Qadar atau Takdir bermaksud ketetapan. Terlaksananya berupa kenyataan, dinamakan Qada bermaksud keputusan perbuatan (pelaksanaan). Sebahagian Ulama’ menamakan takdir itu juga qada dan qada.

No comments:

Al - Quran , Bacaan , Dengar Dan Hafalan


1. Al-Fâtihah 39. Az-Zumar 77. Al-Mursalât
2. Al-Baqarah 40. Ghâfir 78. An-Naba'
3. Âl-'Imrân 41. Fussilat 79. An-Nazi'ât
4. An-Nisâ' 42. Ash-Shûra 80. 'Abasa
5. Al-Mâ'idah 43. Az-Zukhruf 81. At-Takwîr
6. Al-An'âm 44. Ad-Dukhân 82. Al-Infitâr
7. Al-A'râf 45. Al-Jâthiya 83. Al-Mutaffifîn
8. Al-Anfâl 46. Al-Ahqâf 84. Al-Inshiqâq
9. At-Taubah 47. Muhammad or Al-Qitâl 85. Al-Burûj
10. Yûnus 48. Al-Fath 86. At-Târiq
11. Hûd 49. Al-Hujurât 87. Al-A'lâ
12. Yûsuf 50. Qâf. 88. Al-Ghâshiyah
13. Ar-Ra'd 51. Az-Zâriyât 89. Al-Fajr
14. Ibrahîm 52. At-Tûr 90. Al-Balad
15. Al-Hijr 53. An-Najm 91. Ash-Shams
16. An-Nahl 54. Al-Qamar 92. Al-Lail
17. Al-Isrâ' 55. Ar-Rahmân 93. Ad-Duha
18. Al-Kahf 56. Al-Wâqi'ah 94. Ash-Sharh
19. Maryam 57. Al-Hadîd 95. At-Tin
20. Tâ­Hâ. 58. Al-Mujâdilah 96. Al-'Alaq
21. Al-Anbiyâ' 59. Al-Hashr 97. Al-Qadr
22. Al-Hajj 60. Al-Mumtahinah 98. Al-Baiyinah
23. Al-Mu'minûn 61. As-Saff 99. Az-Zalzalah
24. An-Nûr 62. Al-Jumu'ah 100. Al-'Adiyât
25. Al-Furqân 63. Al-Munafiqûn 101. Al-Qâri'ah
26. Ash-Shu'arâ' 64. At-Taghâbun 102. At-Takâthur
27. An-Naml 65. At-Talâq 103. Al-'Asr
28. Al-Qasas 66. At-Tahrîm 104. Al-Humazah
29. Al-'Ankabût 67. Al-Mulk 105. Al-Fîl
30. Ar­Rûm 68. Al-Qalam 106. Quraish
31. Luqmân 69. Al-Hâqqah 107. Al-Mâ'ûn
32. As­Sajdah 70. Al-Ma'ârij 108. Al-Kauthar
33. Al­Ahzâb 71. Nûh 109. Al-Kâfirûn
34. Saba' 72. Al-Jinn 110. An-Nasr
35. Fâtir or Al­Malâ'ikah 73. Al-Muzzammil 111. Al-Masad
36. Yâ­Sîn. 74. Al-Muddaththir 112. Al-Ikhlâs or At-Tauhîd
37. As-Sâffât 75. Al-Qiyâmah 113. Al-Falaq
38. Sâd. 76. Al-Insân or Ad-Dahr 114. An-Nâs